
Minit mesyuarat AJK kali pertama bagi Sessi 2009 yang telah diadakan pada 15 May 2009 disurau Ar Raudhah.
1.Keselamatan
a. Gate di jalan yang menghubungkan Jln BV 8 dan Jln BV 7
• semua AJK bersetuju cadangan ini diKIVkan buat masa sekarang.
b. Tambahan Pengawal Keselamatan
• Pengawal (En. Rashid), meminta tambahan pengawal keselamatan pada waktu malam. Pengawal baru akan dicari oleh En. Rashid sendiri.
• AJK bersetuju menawar kepada pengawal jumlah keseluruhan sebanyak RM1,200 sebulan dengan penambahan seorang lagi pegawal baru. Pembahagian antara pengawal sediaada dan pengawal yang baru diserahkan kepada En. Rashid sendiri.
• En. Rasib akan menyampaikan tawaran kepada En. Rashid. Sebarang keputusan, samada tawaran ditolak atau tawaran baru yang lebih tinggi akan dibuat (sekira tawaran ini ditolak) dan boleh diputuskan oleh En. Rasib dengan persetujuan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
c. Pintu (gate) dihujung Jln BV 3 yang menghubungkan Bangi Villa dengan Bangi Ria akan dibuka setiap pagi pada pukul 5.30am
Penyelengaraan
a. Gotong-royong
• Cadangan jadual untuk setahun perlu disediakan.
• En. Mahathir membuat laporan tentang pokok tumbang di kawasan belakang Jln BV 9. Ramlan diminta memasukan isu ini di dalam surat ke MPKJ.
b. Surat ke MPKJ untuk penyelengaraan kawasan taman.
• Antara penyelengaraan yang diperlukan ialah (selain daripada perkara yang telah dikemukakan dan masih tidak dilaksanakan di dalam surat ke MPKJ pada tahun lepas)
i. tembok batu di hadapan rumah No. 5 (rumah En. Halim).
ii. pagar yang memisahkan Taman Bangi Permai dan Taman Bangi Villa perlu diperbaiki, jika boleh diganti dengan tembok batu.
iii. ”Hump” dan lampu di jalan utama/masuk ke Bangi Villa.
iv. Jalan utama/masuk ke Bangi Villa perlu diturap.
c. Surat ke Alam Flora (sk : ADUN) berkenaan jadual pembersihan jalan dan longkang.
d. Surat kepada ADUN berkenaan peruntukan untuk pembersihan lot-lot kosong.
e. Pondok Keselamatan di Jalan BV 1
• Perbelajaan pembinaan sebanyak RM5000 telah dikeluarkan oleh 2 orang ahli (En. Halim dan Puan Zety) tanpa mendapat persetujuan persatuan telebih dahulu. Permohonan telah dibuat untuk mengontrakan perbelanjaan dengan sumbangan bulanan.
• AJK sebulat suara meluluskan permohonan dan berharap perkara seperti ini hendaklah mendapat persetujuan persatuan sebelum memulakan sesuatu project.
• Surat kelulusan permohonan akan dikeluarkan.
f. Bekalan Air di Pondok Pengawal Jalan BV 1
• Tidak perlu memasukan bekalan air dari Syabas kerana kegunaannya tidak kerap.
• Hanya perlu merendahkan tangki dan ”guter” dari pondok untuk air hujan masuk ke tangki akan disediakan. Hj. Zulkifli akan membuat kajian apa yang perlu dan satu gotong-royong akan diadakan untuk tujuan ini.
3. Kutipan Bulanan Dari Penduduk
a. Akaun Bank
• Akaun bank (Maybank) yang sediaada akan dikekalkan.
• AJK bersetuju untuk membuka satu lagi akaun bank (CIMB Islamic Bank) untuk kemudahan para penduduk menggunakan 3 penama seperti di bawah:
i. En Mohd Ali Sebran (Pengerusi)
ii. En. Ramlan Mohd Nasir (setiausaha)
iii. En. Abdul Rasib Md Ali (Bendahari)
Kebenaran pengeluaran (”cheque signing”) oleh dua dari penama di atas.
• Temujanji untuk pergi ke bank.
b. Satu pekeliling untuk kutipan termasuk cara membuat bayaran dan aktiviti-aktiviti persatuan bagi tahun 2009 akan diedarkan kepada penduduk.
c. Edaran penyata setiap 3 bulan. Edaran yang pertama akan dibuat selepas 15 Jun 2009 untuk kutipan dari Mar 2009 hingga May 2009.
d. Satu ”sticker” akan dilekatkan di rumah penduduk yang membuat bayaran.
4.Lain-lain Hal
a. Hari Keluarga
• AJK bersetuju untuk mengadakan hari keluarga seperi tahun 2008.
• Memberitahu En. Jalal supaya membuat kertas kerja termasuk cadangan tarikh dan aktiviti.
b. Kutipan derma untuk jiran yang memerlukan atau dalam kesusahan.
• AJK bersetuju untuk membuat kutipan. Perbincangan lanjut bagaimana boleh dilaksanakan akan dibincang pada mesyuarat yang akan datang.
c. Aktiviti Surau
• Jika boleh aktiviti surau yang dijalankan dikaitkan dengan nama persatuan. Ini untuk menarik penduduk taman sama-sama menyertai aktiviti surau.
d. ”Blog” untuk BAVIRA.
• AJK bersetuju dengan cadangan En. Mahathir untuk menyediakan ”blog” untuk persatuan dan akan dikelolakan sendiri oleh En. Mahathir.
e. Wawasan Taman Bangi Villa
• En. Ali mencadangkan BAVIRA mempunyai wawasan bagi Taman Bangi Villa. Wawasan ini mempunyai matlamat untuk dicapai setelah 3 tahun.
• Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 3 tahun yang akan datang bertujuan untuk mencapai wawasan tersebut.
• AJK besetuju dengan cadangan tersebut dan perlu mencadangkan wawasan BAVIRA pada mesyuarat yang akan datang.
.jpg)